MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT

MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT


Assalaamualaikum,


Di sini ingin saya berkongsi catatan dari kuliah/Program Minda AlFurqan semalam bertajuk 'Herba dan Kesihatan', yg disampaikan oleh Tn. Hj Che Musa Bin Che Salleh, pemilik Dimaz Industries Sdn Bhd dan juga seorang pengamal perubatan Islam. Saya pohon sahabat2 yg mengikuti kuliah semalam agar membetulkan jika ada kesalahan di dalam catatan ini dan juga dapat menambah apa2 fakta yg tertinggal di sini.


Apabila makan, hendaklah mengunyah sekurang2nya 40 kali sebelum menelan makanan tersebut. 


Air masak / Air panas mati hendaklah diminum sebanyak mungkin sepanjang waktu.


Air liur basi (ALB) kita adalah ubat yg sangat mujarab. Amalkan berkumur2 dan minum air kumuran yg bercampur ALB itu apabila bangun pagi setiap hari, sebelum melakukan perkara2 lain.


Hendaklah mandi pagi satu jam sebelum terbit matahari, utk kesihatan tubuh badan. 


Untuk wanita yg berat badannya melebihi 65 KG, elakkan memakan makanan ini:-

 -Ikan pari

 -ikan bawal hitam

 -ikan terubuk


Penawar kanser payudara:-

ambil daun belalai gajah mengikut sukatan ini utk setiap stage kanser berikut:

stage 1 - 50 helai

stage 2 - 100 helai

stage 3 - 150 helai

stage 4 - 200 helai

-blendkan daun di atas bersama2 epal hijau sebiji, dan minum airnya sebelum 5 minit selepas penyediaan minuman ini.

nota -  minuman ini tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk - akan hilang kemujarabannya

-epal hijau tidak boleh dimakan melebihi sebiji sehari, kelak akan menyebabkan menurunnya daya ingatan kita.


pilihan kedua - menggunakan kulat susu harimau. Asah kulat ini utk dapatkan cairannya dan disapu di tempat yang terkena barah.


Penawar kanser:

Ubi kayu  - ianya penawar kanser yang paling baik di dunia.

Serai -  air serai juga adalah penawar kanser dan penawar penyakit kencing tikus. 

Durian belanda - juga penawar kanser dan penyakit2 lain - ianya hendaklah di'blend'kan bersama2 bijinya sekali. 


Penawar penyakit paras kolesterol tinggi Di dalam badan:

akar pokok semalu - rebus akarnya dan minum. 


Penawar penyakit Gout:

kadar kesakitan akibat gout adalah 7 kali kadar kesakitan sakit gigi. Ubatnya adalah daun pandan. Rincik daun pandan halus2, blendkan, perah dan minum airnya.


Tiroid:

penyebab tiroid adalah kerana tidur selepas subuh. Penawarnya - janganlah tidur kembali selepas solat subuh.


Sakit jantung:

penawarnya, blendkan bahan2 berikut utk dapatkan airnya dan dicampurkan semuanya sekali menjadi satu sebatian:-

halia - 1 gelas

lemon - 1 gelas

bawang putih - 1 gelas

cuka epal - 1 gelas

madu - 1 gelas

minum sebatian di atas sekali di waktu pagi dan malam (maaf, saya tidak pasti unitnya - samada sesudu, secawan atau etc.)


Penawar Darah Tinggi:-

*penawar terbaik adalah susu kambing yg asli. Diminum setelah dibacakan Ayat 72 dari surah Yaasin.

*amalkan memakan pisang kaki. 

*amalkan memakan daun hempedu bumi. 

*untuk pesakit darah tinggi - jangan masuk ke bilik air/tandas 15 minit sebelum waktu Asar dan Maghrib, kerana Iblis berjanji akan menyebabkan pesakit jatuh di dalamnya dan menyebabkan kemudaratan yg lebih kpd pesakit.


Penawar Kencing Manis:-

-makan peria katak bersama2 bijinya sekali. 

-juga petai belalang - jemur bijinya, goreng dan tumbuk utk dibuat serbuk. Campurkan ianya ke dalam air sebagai minuman

- ramaskan daun ceri di dalam sebaldi air dan rendamkan kaki yg luka tersebut di dalamnya. InsyaAllah akan pulih luka tersebut. 


 Penawar penyakit berkaitan pundi2 kencing dan prostat:-

Daun pecah beling


Kelebihan herba2 berikut:-

@Akar lalang - lebih baik dari Tongkat Ali

@Kunyit hidup - banyak kelebihannya - amalkan sebagai ulam 

@Petai - banyak kelebihannya tetapi jangan ambil lebih daripada 7 ulas setiap kali makan.

@Timun - blend isinya (termasuk bijinya, kecuali kulit) dan minum airnya untuk membersihkan anggota2 dalaman badan seperti paru-paru

@Pegaga -  ubat terbaik utk penyakit resdung - sebaik2nya pegaga nyonya (yg. bersaiz kecil). Juga bertindak sebagai penawar kanser.

@Bawang putih - penawar stress dan menghalang sel2 kanser. 

@Daun bidara  - membantu merawat sihir

caranya - rendamkan 7 helai di


dalam air. Bacakan ayat Kursi, ayat2 dari surah2 '3 Qul' dan ayat 69 dari surah Taha. Hembuskan ke dalam air tersebut dan air dibuat minum serta mandi. 

Kepada orang yang terkena sihir, tidak boleh makan rebung seumur hidup, termasuklah kuahnya. Jika dimakan, kesan sihir itu akan berulang kembali.

@Halia - hiris 2, 3 keping dan rendamkan di dalam air. Beri minum air ini kepada anak2 untuk mendapat otak yang pintar.

@Madu dicampur kulit Kayu manis adalah antara ubat paling hebat Di dunia ini. @Untuk mengelak dari sakit mata - kerjakan solat Maghrib di awal waktu 

@Jangan tinggalkan solat, kerana setiap solat yg ditinggalkan itu akan menyebabkan datangnya penyakit2.


😎😎😎



SUDAHKAH KALIAN MENGAMALKAN ADAB PERGI KE MASJID?

SUDAHKAH KALIAN MENGAMALKAN ADAB PERGI KE MASJID?


Ada beberapa adab@sunnah pergi ke masjid yang sangat baik untuk dipraktikkan seperti berikut ini:


1. Pergi dalam keadaan bersugi dan  berwudhu dari rumah. Menjauhkan diri dari bau tidak enak pada mulut dan badan, seperti rokok dan bau mulut dari bawang, durian, petai atau yang sewaktu dengannya. 


Dalam hadits disebutkan:“Barangsiapa yang makan tanaman ini -iaitu bawang, maka janganlah dia mendekati masjid kami.” (HR. Bukhari no. 853 dan Muslim no. 561).


2. Bagi lelaki, dianjurkan untuk memperbagus diri (khudzu zinaatakum'inda kulli masjidin..) 

(QS. Al-A’raf: 31) dan memakai wangi-wangian. Sedangkan wanita dilarang memakai minyak wangi ketika ke masjid dan tidak boleh wanita berhias diri berlebihan ketika keluar rumah. 


Inilah yang terlarang dalam ayat (yang ertinya): “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” 

(QS. An-Nur: 31).


3. Membaca doa ketika keluar rumah: (1) BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALALLAH LAA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH (artinya: dengan nama Allah, aku bertawakkal pada-Nya, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)


4. Tidak menyela-nyela jari ketika berangkat dari rumah menuju masjid hingga shalat dilaksanakan. Jalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa walau sedang sibuk.


5. Ketika perjalanan menuju masjid, hendaklah membaca doa: “ALLAHUMMAJ'AL FII QOLBIY NUURON, WAJ'AL FII LISAANIY NUURON, WAJ'AL FII SAM'IY NUURON, WAJ'AL FII BASHORIY NUURON, WAJ'AL KHOLFIY NUURON, WA AMAMAAMIY NUURON, WAJ'AL MIN FAWQIY NUURON WA MIN TAHTII NUURON. ALLAHUMMA A'ZHIM LII NUURON.” 


[Ya Allah, berikanlah cahaya di hatiku, lisanku, pendengaranku, penglihatanku, di belakangku, di hadapanku, di atasku dan di bawahku. Ya Allah berikanlah aku cahaya]” 


(HR. Abu Daud, no. 1353. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini shahih)


6. Masuk masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa: “ALLAHUMMAGHFIR LII DZUNUUBI WAFTAHLII ABWAABA ROHMATIK.” 

(Ertinya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah padaku pintu rahmat-Mu).


7. Mengucapkan salam ketika masuk masjid dengan suara yang didengar oleh orang sekitar.Mengerjakan shalat sunnah tahiyyatul masjid dua raka’at. Dalam hadits disebutkan: “Jika salah seorang di antara kalian masuk masjid, maka janganlah duduk sampai melakukan shalat dua rakaat.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)


8. Memilih shaf pertama untuk laki-laki dan memilih shaf sebelah kanan jika mudah.Setelah shalat tahiyatul masjid, duduk menghadap kiblat dan mengisi waktu dengan: (a) membaca Al-Qur’an Al-Karim, (b) membaca dzikir, atau (c) memperbanyak doa kerana doa antara azan dan iqamah adalah di antara doa yang mustajab.


9. Menunggu shalat dan tidak mengganggu orang lain. Orang yang menunggu shalat akan sentiasa mendapat doa para malaikat dan dianggap telah berada dalam shalat.“Jika sudah dikumandangkan iqamah, maka tidak ada shalat kecuali shalat wajib.” (HR. Muslim)


10. Tidaklah keluar dari masjid setelah adzan kecuali orang munafik atau orang yang ada keperluan dan ingin kembali lagi ke masjid.” (HR. Ad-Darimi, hasan)


11. Ketika keluar masjid, keluar dengan kaki kiri lalu membaca doa ketika keluar masjid: "ALLAHUMMAGHFIR LII DZUNUUBI WAFTAHLII ABWABAA FADHLIK.” (Ertinya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah padaku pintu karunia-Mu).


Semoga kita mempraktikkannya..Allahu waliyyut taufiq..



APA ITU IKHLAS?

*APA ITU IKHLAS?

🕸 Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan..


🕸Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman..


🕸Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan..


🕸Ikhlas itu ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit..


🕸Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan..


🕸Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka..


🕸Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka..


🕸Ikhlas itu ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan..


🕸Ikhlas itu ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..


🕸Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..


🕸Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..


🌹🌹Ye... Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..


Semoga ALLAH memberi kita banyak kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan, iaitu keikhlasan...


🕸🌹🕸🌹🕸🌹🕸🌹🕸

TIPS SIHAT DAN AWET MUDA

Dari Brig Jen Dato' Dr Md Amin Bin Muslan ~ Ex MO di PPAT RMC 1991~ 1992


*Assalamualaikum WBT.*


*TIPS SIHAT DAN AWET MUDA* 

.

1. *Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.*


2. *TIADA GULA. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.*


*Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.*

*Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.*


*Banyakkan sayur dan buah buahan.*


3. *Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.*


4. *Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.*


5. *Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.*


*Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin  dan Khamis. Dua hari itu puasa.*


6. *Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.*


7. *Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.*


8. *Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.*


9. *Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.*


10. *Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat langau" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.*


11. *Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.*


12. *Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.*


13. *Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.*


*YA ALLAH 🤚🏻✋🏻 PERMUDAHKANLAH KAMI MENGAMALKAN SEGALA YG TERBAIK BUAT DIRI KAMI 

YA ALLAH..AAMIIN*


Credit to Unknown Writer ☺

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK.


( 11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang) 


1• Kerap tahan kencing


2• Kurang minum air


3• Suka makan makanan masin


4• Suka minum minuman bergas.


5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.


6• Kerap makan daging merah dan Seafood

(Tinggi Uric Acid)


7• Kerap makan Pil Tahan Sakit


8• Merokok


9• Obesiti


10• Alkohol


11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal.


Buah Pinggang Kita. Amanah Allah.


Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? 


Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.


Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. 


Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang.


Subhanallah, setiap  perintah & larangn Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.


Terapi air putih :


1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt mbersihkn organ2 dalaman.


2. Mnm seglas air,30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.


3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.


4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.


Sebarkan tips sihat ini sabagai nasihat yg bermanfaat.


SAMA2 KITA PAKAT AMAL.


Silakan Like dan Follow Page Perkongsian Macam-macam Maklumat, Nantikan Maklumat-maklumat yang terbaik dari kami..Insyaallah


PUNCA SAKIT

PUNCA SAKIT

Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman ALLAH
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.

C&P



#Bekam Hamaz
(Unlock Your Health)

16 Healing Crisis dan Petandanya sebagai Rujukan buat anda

_*16 Healing Crisis dan Petandanya sebagai Rujukan buat anda*_

*Healing Crisis #1: Sakit Kepala Yang Melampau*
🌸Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses menyahtoksin

*Healing Crisis #2: Demam*
🌸Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Merangsang fungsi imunisasi badan

*Healing Crisis #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau*
🌸Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

*Healing Crisis #4: Kembung Perut*
🌸Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah

*Healing Crisis #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir*
🌸Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat

*Healing Crisis #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak*
🌸Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin

*Healing Crisis #7: Pendarahan Hidung*
🌸Penyebab/Petanda: Mungkin tanda anda kekurangan darah

*Healing Crisis #8: Rasa sakit pada otot dan sendi*
🌸Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit

*Healing Crisis #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah*
🌸Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan

*Healing Crisis #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif*
🌸Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah

*Healing Crisis #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak*
🌸Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon

*Healing Crisis #12: Pendarahan Ketika Membuang Air*
🌸Penyebab/Petanda: Kemungkinan anda ada penyakit Buasir

*Healing Crisis #13: Pening, Lapar*
🌸Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)

*Healing Crisis #14: Loya, Sembelit, Tersedu*
🌸Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati

*Healing Crisis #15: Edema (bahagian badan membengkak)*
🌸Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang

*Healing Crisis #16: Lesu , Mengantuk*
🌸Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat.


MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT

MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT Assalaamualaikum, Di sini ingin saya berkongsi catatan dari kuliah/Program Minda AlFurqan semalam b...