PISANG Dan Seasonal Affective Disorder (SAD)


*PISANG Dan Seasonal Affective Disorder (SAD):*

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

*Ketagihan Rokok & Tembakau:*
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok.Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

*Stres:*
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh.Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun.Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

*Strok:*
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

*Lain-lain Penyakit Kulit:*
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit.
Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain.Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

*Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!*
*Satu lagi; ingin kilatkan kasut??* *Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.* Menakjubkan!

*We Care And We Share*😁😄😄

*Nota saya:*
Betapa hebatnya pisang...
Dan alangkah cerdiknya monyet2 walaupun tak masuk universiti..
Kih kih kih.

ToK GuRu saya Prof Engku Aziz kata dlm kelas makan pisang otak cerdik dan mudah2an jauh drp penyakit otak. Sarapan saya setiap pagi pisang embun dan kopi O..
Itu saje.

No comments:

Post a Comment

MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT

MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT Assalaamualaikum, Di sini ingin saya berkongsi catatan dari kuliah/Program Minda AlFurqan semalam b...